Tuesday, June 22, 2010

Journey of Our Heart

Alhamdulillah , Praise to ALLAH S.W.T at last ourheartogether blog was ready to publish... Hope this blog can give a lot of important information and knowledge to everyone! InsyaALLAH...

I'm willing to learn and will receives any (+) comments, at least all of us can share it together. By the way, be yourself wherever u go! Salam

Habbatus Sauda & Kajian Tokoh Perubatan


"Di Dalam Habbatus Sauda terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali As-sam (Kematian)"

( Hadis Sahih Bukhari)



NILAI PEMAKANAN

Mengandungi:

1. Monosaccharides ( 1 molekul gula ), dalam bentuk glukosa,

2. rhamnose,xylose, arabinose

3. Komponen polysaccharide yang tidak berkanji – sumber penting bagi diet serat

4. Asid lemak( linoleic dan asid linoleic), tidak boleh dihasilkan oleh badan, perlu dapatkannya dari sumber makanan.

5. 15 asid amino ( termasuk 8 daripada asid amino yang penting), ia tidak
boleh disintesis dalam badan kita dalam kuantiti yang mencukupi,
perlu dapatkannya daripada sumber makanan.

6. Ariginine – penting untuk pertumbuhan bayi

7. Karotene-apabila diposes oleh hati menjadi vitamin A, mempunyai ciri-

ciri anti kanser

8. Kalsium, besi, natrium dan kalium – pelbagai fungsi enzim.



1.KANUN PERUBATAN IBN SINA


· Ibnu Sina ( 980 – 1037 ), dengan karya terbesarnya Qanun fi Tibb (The Canon of Medicine) yang paling terkenal dalam ilmu perubatan Timur & Barat menyatakan Habbatus Sauda’ merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. Ibnu Sina bukan sahaja penyambung kaedah Perubatan Yunani yang dipelopori oleh Hippocates, malam dia telah berjasa dalam memperbaiki lagi kaedah ini

· Dalam Kanun Perubatan (The Canon of Medicine) Ibnu Sina (980-1037 Masihi) mengatakan bahawa Habbatus Sauda’ adalah bijirin yang sangat merangsang tenaga badan dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan, dan system pernafasan”.

· Dalam sistem perubatan di Greco-Arab atau Unani-Tibb, yang berasal dari Hippocrates, Galen dan Ibnu Sina, Habbatus Sauda’ merupakan penyembuh yang sangat bernilai dalam mengubati masalah sistem penghadaman dan masalah hati (liver hepatic) yang dianggap pada masa itu disebabkan oleh ketidakseimbangan humor. Humor adalah 4 unsur yang menjadi asas kepada prinsip perubatan yunani kuno ( 4 unsur darah, kahak, cecair hempedu kuning, dan cecair hempedu hitam). Ini ialah prinsip asas perubatan Hippocrates yang dikatakan bapa perubatan moden itu.

· Walau bagaimana pun prinsip ini telah dibuktikan kesilapan dan kesalahannya oleh sains perubatan moden. Antara prinsip yang masih digunapakai hingga kini ialah kaedah clinical diagnosis (pemeriksaan tandatanda dan symptom untuk mencari punca dan sebab penyakit) dan perawatannya.

· Ibnu Sina (980-1037), dalam karya terbesarnya “The Canon of Medicine”, yang dianggap banyak orang sebagai buku paling terkenal di dunia perubatan, baik di Timur atau di Barat, menyatakan Habbatus Sauda’ bermenfaat “meransang tenaga dalam badan dan membantu penyembuhan dari kelelahan atau kurang semangat”.




2. PENGASAS PERUBATAN MODEN HIPPOCRATES


· Hippocrates, Ahli Perubatan Yunani Kuno, yang dianggap sebagai pengasas perubatan moden masakini. Dia telah menggariskan kaedah dan prinsip yang masih lagi digunapakai oleh perubatan moden masakini begitulah sumbangan besar tokoh ini. Hari ini setiap doktor mestilah mengangkat sumpah Hippocrates, sebelum dapat mengamalkan perubatan (medical practice). Hippocrates menyarankan penggunaaan Habbatus Sauda’untuk mengembalikan kecergasan, tenaga dan kesegaran serta mengatasi kelelahan tubuh dan mental.



3. ALBIRUNI PAKAR KETIMURAN ZAMAN PERTENGAHAN


· Al Biruni (973-1048), Seorang Pengkaji Tamaddun Cina dan India, telah menyebutkan bahwa Habbatus Sauda’ telah dipakai oleh orang-orang Cina dan India sebagai bahan nutrition/pemakanan sejak abad 10. Al-Biruni menegaskan bahawa Habbatus Sauda’ digunakan sebagai bijirin penuh berzat semasa kurun ke sepuluh dan kesebelas.